KUALA LUMPUR: Hujan diramal berlaku di satu dua tempat di sebelah pagi di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, esok.
Berdasarkan maklumat di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca sama dijangka berlaku di Kedah melibatkan banyak kawasan pantai serta mendung di Terengganu, manakala Kelantan diramal cuaca baik.
MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, satu dua kawasan pedalaman Negeri Sembilan serta beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu.
Suhu sepanjang hari berkenaan diramal 23 hingga 34 darjah Celsius.
Seramai 9.67 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri pada PRN, manakala 122,160 orang layak mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.
Secara keseluruhan 17,048 saluran mengundi disediakan di 3,190 pusat mengundi di semua 245 kawasan DUN di enam negeri itu, manakala untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu, 217 saluran mengundi disediakan di 41 pusat mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di sebelah pagi di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor esok. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).